Menggalakkan Pensijilan Earth Tag

///Menggalakkan Pensijilan Earth Tag
Menggalakkan Pensijilan Earth Tag 2018-01-19T05:59:49+00:00

banner-baba-earth tag

Menggalakkan Pensijilan Earth Tag

Sepanjang perjalanan ini, Baba telah menyedari bahawa terdapat ramai pengguna yang mengetahui tentang manfaat produk organik, tetapi masih ada kebanyakan daripada mereka yang tidak membelinya. Mengapakah begitu? Selepas menjalankan kajian yang luas, kami telah mendapati bahawa para pengguna tidak dapat membezakan di antara produk organik dan bukan organik.

Selain daripada ini, Baba juga mendapati bahawa terdapat banyak produk organik di pasaran tetapi produk-produk itu tidak mempunyai pensijilan organik yang sah. Akhirnya, pengguna akan mempunyai keraguan untuk membeli produk organik itu. Oleh itu, pengguna secara umumnya akan meningkatkan pengawalan mereka terhadap produk organik, yang seterusnya akan membawa kesan negatif kepada peniaga organik yang sah dari segi jualan.

Oleh itu, untuk mempromosikan produk organik kepada pengguna, Baba telah menubuhkan sebuah jabatan khusus yang bertanggungjawab untuk menghasilkan satu set standard mesra alam yang ketat untuk penanaman organik. Penanam organik akan menayangkan produk mereka untuk pengenalan, audit dan pengesahan sebelum disahkan oleh Earth Tag. Produk yang mempunyai setem pensijilan Earth Tag akan diketahui telahpun melalui piawaian pemantauan dan pemeriksaan yang ketat. Pensijilan Earth Tag bukan sahaja membantu untuk membuktikan kesahihan penanam organik, tetapi juga memainkan peranan dalam melindungi pengguna.

Hari ini, pensijilan organik Earth Tag telah disahkan oleh Perbadanan Pensijilan Organik Taiwan Antarabangsa yang terbesar – Perbadanan Pensijilan Organik Tse Xin dan disifatkan sebagai boleh dipercayai. Selain itu, ini akan membantu untuk mewujudkan peluang dan membuka jalan kepada penanam organik Malaysia untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Berkongsi halaman ini ke: