Baba Study & Research Organic Farm

///Baba Study & Research Organic Farm
Baba Study & Research Organic Farm 2018-08-19T03:20:49+00:00

baba-farm

Ladang Kajian & Penyelidikan Organik BABA

BABA mempromosikan kaedah penanaman tanaman yang organik dan mesra alam dengan harapan untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya dengan menggalakkan pengguna dan pengeluar pertanian dalam mengekalkan ekosistem yang seimbang. Selain daripada itu, BABA juga berhasrat untuk memulihkan daya hidup Ibu Bumi dan mengekalkan planet yang malar hijau.

Dengan usaha daripada semua pihak yang terlibat, Ladang Kajian & Penyelidikan Organik BABA akhirnya telah ditubuhkan dan kini aktif bergerak! Projek ini tidak bertujuan untuk mencari keuntungan semata-mata, tetapi diwujudkan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:

  • Untuk memposisikan dirinya sebagai sebuah pusat penyelidikan dan promosi yang membantu pengeluar-pengeluar pertanian yang sebelum ini menggunakan baja kimia untuk beralih kepada baja organik dalam usaha memulihkan daya hidup Ibu Bumi.
  • Untuk mengamalkan konsep pertanian organik dan pada masa yang sama, mendidik pelajar dan pengguna, agar semua orang menyedari tentang kepentingan melindungi alam sekitar serta faedah-faedah menggunakan produk organik, dengan harapan untuk menerajui sebuah visi di mana semua orang lebih prihatin terhadap isu-isu planet serta mempunyai kesedaran yang meningkat terhadap kesihatan diri sendiri.

Sehingga kini, acara ini telah diadakan lebih daripada 240 kali dan telah menarik penyertaan dari lebih 3,000 peserta!

Berkongsi halaman ini ke: