Mr Khor Kim Huat

Mr Khor Kim Huat 2018-01-19T04:23:10+00:00

fragrance-nursery

“Sebuah taman ekologi semula jadi harus mempunyai lebah-lebah dan burung-burung”
– Encik Khor Kim Huat

Encik Khor Kim Huat adalah pengasas Nurseri Fragrance di Tanah Tinggi Cameron. Beliau adalah salah seorang penanam eko yang telah berjaya mendapat pensijilan Baba Insight.

Dua tahun lalu, apabila Encik Khor memulakan usaha penanaman eko, beliau bertanya kepada dirinya, “Adakah kita benar-benar memerlukan tanaman bebas racun perosak?” Beliau kemudian sedar bahawa, sebenarnya, persekitaran kitalah yang amat memerlukannya.

Selepas berhenti menggunakan racun perosak kimia untuk seketika, ladang Encik Khor mula menarik perhatian lebah dan burung. Beliau mengulas bahawa ini adalah keseimbangan ekologi alam sekitar yang sepatutnya wujud. Encik Khor juga boleh membiarkan anak-anaknya bermain di ladang itu dengan senang hati. Walaupun beliau menghadapi banyak masalah perosak, beliau bertekad untuk menyelesaikannya dengan remedi semula jadi. Melalui penanaman organik, ketahanan tanaman juga akan menjadi lebih kuat dan ianya dapat tumbuh dengan tidak terbatas dalam persekitaran yang sihat dan bersih.

Penanaman eko bukan sahaja melindungi kesihatan kita, tetapi juga ekologi dan alam sekitar.

Berkongsi halaman ini ke: