Encik Tang Kok Huei

Encik Tang Kok Huei 2018-01-19T04:24:05+00:00

a1

“Jangan biarkan racun perosak memberi kesan kepada kesihatan diri anda”
– Encik Tang Kok Huei

Encik Tang Kok Huei dari Taman A1 Rose, Tanah Tinggi Cameron adalah penanam pertama di Malaysia yang berjaya menanam “Poinsettia” yang bebas dari racun perosak kimia.

Beliau berpendapat bahawa ia adalah berkaitan dengan isu “hati” (keinginan) apabila bercakap tentang penjagaan tumbuhan yang cantik. Setiap tumbuhan memerlukan kasih sayang dari dalam hati untuk menjaganya dan berkomunikasi dengannya. Walaupun pekerjanya memujuk beliau untuk mencari jalan penyelesaian dengan racun perosak kimia ketika beliau menghadapi masalah beberapa kali yang lalu, beliau masih bertekad dan menasihatkan pekerjanya supaya tidak mengabaikan keselamatan mereka kerana racun perosak. Beliau ingin pekerjanya balik rumah dengan sihat.

Selain itu, Encik Tang menyatakan bahawa beliau tidak menuntut untuk menjadi seorang wira yang melindungi bumi daripada bahaya, tetapi beliau benar-benar percaya bahawa Perpaduan adalah Kekuatan. Walau bagaimanapun, Bumi ini dan laluan kepada sebuah dunia yang lebih hijau masih bergantung kepada setiap daripada kita.

Berkongsi halaman ini ke: