Sistem Pensijilan Penyertaan Awam

///Sistem Pensijilan Penyertaan Awam
Sistem Pensijilan Penyertaan Awam 2018-01-19T04:28:39+00:00

农耕教师营

Mencapai Tahap yang Baru – Program “Pensijilan Penyertaan Awam”

Pensijilan Penyertaan Awam adalah satu program yang menjemput orang-orang yang mempunyai visi yang sama dari industri yang berbeza untuk berhimpun bersama-sama dan memeriksa perniagaan yang memiliki pensijilan Tag Bumi. Ini adalah satu program baru yang telah dilancarkan baru-baru ini secara global.

memulakan program ini di Malaysia dengan memeriksa Tapak Semaian Eko. Tujuan utama pemeriksaan ini adalah untuk memastikan proses pensijilan yang lebih telus. Ini bukan sahaja akan meningkatkan tahap kepercayaan orang awam terhadap Tapak Semaian Eko, tetapi juga turut meningkatkan tahap pemahaman tentang fungsi dan makna bagi kewujudan Tapak Semaian Eko ini.

Pada bulan November 2016, program Pensijilan Penyertaan Awam telah dilancarkan dan sehingga Februari 2017, sudah terdapat 12 orang peserta yang, selepas menerima latihan daripada pakar-pakar, telah melaksanakan pemeriksaan mereka di 9 Tapak Semaian Eko di sekitar Malaysia.

Melalui proses pemeriksaan ini, pemeriksa-pemeriksa awam telah berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam peranan-peranan yang dimainkan oleh Tapak Semaian Eko. Dengan menjadi saksi-saksi kepada keindahan semula jadi dan udara segar alam persekitaran dan mengakui usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Tapak-tapak Semaian Eko, ini telah memberikan dorongan yang kuat kepada semua pemilik Tapak Semaian Eko.

Perkongsian daripada peserta:

 ^3CE38BB3E9BB178F771B9228556E810763EDF7A076531C2FD1^pimgpsh_fullsize_distr Lee Chian Chew –Seorang lelaki yang mempunyai konsep teguh tentang definisi kemesraan alam

“Ini adalah kali pertama saya berpeluang untuk menyertai pemeriksaan pensijilan dan ia benar-benar telah membuka mata saya. Bimbingan ketua pasukan ini telah membolehkan saya lebih memahami Tapak Semaian Eko dengan logo “Tag Bumi” dan saya merasa ini adalah satu aktiviti yang amat bermakna dan mencabar untuk dilaksanakan.

Dari perbualan dengan pemilik Tapak Semaian, saya telah mendapati bahawa penggunaan racun perosak kimia bukan sahaja menjejaskan kesihatan pengguna, ia juga akan menyebabkan kemudaratan kepada pekerja-pekerja di Tapak Semaian. Saya berharap supaya aktiviti ini boleh diteruskan selama-lamanya, dan kita semua boleh menyokong serta menggalakkan program yang bermakna ini.”

 ^B5C42D8E73112CF6514EA903128F5DDC4AC31C7377D9FBD29F^pimgpsh_fullsize_distr  Kok Lee Ming – Seorang guru

“Proses pemeriksaan ini merupakan satu proses pembelajaran yang tidak dapat saya jangkakan. Saya secara peribadi telah mengalami dan memahami kepentingan orang awam dalam menyertai proses pensijilan ini serta makna sebenar di sebalik Tapak Semaian Eko. Saya amat terharu dengan pengalaman ini dan berharap bahawa pada masa akan datang, saya akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini untuk meningkatkan pengalaman saya dan menjadikan kehidupan lebih menarik dan bermakna.”

 ^746673BEE83F07691F670117B11F6F92EDFBFD9E9A2BEE1222^pimgpsh_fullsize_distr  Tharm Ruen Ping –Seorang pelajar yang mengikuti Ijazah dalam Bidang Botani

“Pepatah Jing Si: “Bencana alam sekitar adalah disebabkan oleh kelakuan manusia yang berasal dari minda manusia.” Masalah kesihatan yang disebabkan oleh sisa racun perosak kimia adalah jelas untuk dilihat semua. Sekiranya kita terus bertindak acuh tidak acuh terhadap ini, ia akan menjadi sesuatu yang tidak dapat dikendalikan pada masa hadapan.

Saya amat mengagumi BABA kerana kegigihan mereka menerajui kegiatan organik dan amat berbesar hati untuk menyertai program Pensijilan Penyertaan Awam ini. Dalam sepanjang proses pemeriksaan, kami perlu memastikan bahawa Tapak Semaian Eko yang diperiksa tidak menggunakan sebarang racun perosak kimia sama sekali dalam operasi harian mereka. Ini akan membolehkan kita semua untuk hidup dalam persekitaran yang bebas daripada sisa racun perosak kimia dan kita akan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat.”

 ^B9E406E433C998688766B70209697A0D633E0D6F4EED4561DF^pimgpsh_fullsize_distr Teo Yew Teik –Pensyarah

“Proses yang diperkenalkan dalam program “Pensijilan Penyertaan Awam” ini membolehkan pemilik-pemilik Tapak Semaian untuk menentukan tempoh, cara dan skala perubahan yang dikehendaki. Teori ini bersesuaian dengan piawaian ISO dan ia adalah cara yang logik dan saintifik. Jika semua pemilik Tapak Semaian boleh berfikir secara mendalam tentang perubahan yang mereka ingin lihat dalam operasi mereka, ini akan banyak membantu mereka untuk mengendalikan operasi Tapak Semaian mereka. Pengguna-pengguna yang melawati Tapak Semaian ini juga turut akan dipengaruhi oleh pemilik Tapak-tapak semaian tersebut dan saya percaya bahawa mereka akan lebih mengambil berat tentang persekitaran mereka.”

 jpg59BF4972D3F14B475DA8C02F9EA9D4B171F990F07D77EB834^pimgpsh_fullsize_distr Leong Sook Leng –Naib Pengetua

“Pemeriksaan Tapak Semaian Eko bukan sahaja sebuah proses untuk menggalakkan perlindungan alam sekitar, ia juga adalah satu mekanisme pengajaran yang baik. Melalui proses pemeriksaan ini, pemilik Tapak Semaian dapat memahami dengan lebih ketara sumbangan mereka dalam memelihara alam sekitar dan mengenali serta mengetahui bahawa terdapat orang lain yang menyetujui dan menyokong prosedur mesra alam. Apabila pemilik ini dan pengguna dapat berinteraksi dengan lebih kerap dan berkongsi pengalaman dalam perusahaan organik mereka, ini secara tidak langsung akan memulakan proses untuk mendidik orang awam tentang cara-cara untuk memelihara alam sekitar.”

Berkongsi halaman ini ke: