Asal Usul Baba

Baba merupakan etnik Malaysia yang unik kerana ia dilahirkan daripada gabungan dua budaya yang elegan dan luar biasa iaitu kaum Melayu dan kaum Cina.

Suatu cerita dalam sejarah Malaysia yang terkenal dan amat diminati menceritakan kisah seorang puteri Cina eksotik dari Dinasti Ming yang terkenal, Puteri Hang Li Po, yang telah tiba di Melaka pada abad ke-15 untuk berkahwin dengan pemerintah legenda, Sultan Mansor Shah. Rombongan seramai 500 orang pegawai dan pedagang Cina turut mengiringi puteri dan lama-kelamaan, menetap di situ dan berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Maka lahirlah satu budaya baru yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya.

Sebagai keturunan bangsawan, Baba mewarisi gabungan dua budaya unik yang merangkumi pragmatisme dan ketekunan orang Cina serta romantisme dan gaya hidup harmoni orang Melayu. Budaya yang unik ini disambut dalam setiap aspek kehidupan dari perabot, pakaian dan masakan kepada dialek dan gaya hidup, sehinggalah ke hari ini.

Pasu bunga kami yang diukir dengan pelbagai rekaan menarik dinamakan “Baba” sebagai tanda pengingatan kepada budaya Baba dan Nyonya yang merupakan salah satu budaya yang paling unik di dunia. Setiap produk kami mempunyai keistimewaan tersendirinya dan setiap pasu diukir dengan teliti bagi menjadikan ia lebih ringan dan tahan lama. Dengan menggabungkan teknologi canggih serta kreativiti tukang-tukang kami, pasu bunga kami telah diperbuat daripada bahan tanah liat, tembikar dan kayu menonjolkan kecantikan alam semula jadi yang terbaik. Di sini, anda boleh mendapat pelbagai pilihan pasu dengan reka bentuk, inovasi dan fungsi yang unik.

Selain keupayaan untuk menahan suhu yang melampau dari -17 darjah Celsius kepada 48 darjah Celsius, pasu Baba juga mesra alam – hampir kesemuanya dalam seluruh rangkaian produk kami bersifat biodegradasi. Di Baba, kami berharap bahawa produk kami bukan sahaja menjadi suatu hiasan estetik di rumah, tetapi juga adalah produk yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar.

Baba melambangkan perpaduan harmoni kumpulan etnik yang berbeza dan unik bergabung tangan dan bekerjasama untuk mewujudkan sesuatu yang baru dan cemerlang.

Setiap produk Baba menyampaikan mesej keharmonian yang sejati, kreativiti dan warisan.

Kepercayaan Kami

Visi Korporat

Pejuang Kehidupan Mampan
Untuk bersama-sama mewujudkan sebuah dunia yang mampan, sihat dan indah.

Polisi Perniagaan

Untuk menjadi sebuah pusat sehenti bersifat global yang membuka jalan ke arah dunia yang lebih hijau.

Nilai Teras

Kemanusiaan : Memupuk bakat, sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan semangat berpasukan.
Integriti : Mengukuhkan komitmen dan akauntabiliti, mengutamakan pelanggan dan menyumbang kepada kebaikan masyarakat kita.
Ketelitian : Membuat peningkatan yang berterusan, mengamalkan perusahaan dinamik dan keberkesanan kos serta mencapai keadaan autonomi yang optimum.
Kecekapan : Menggunakan sistem pengurusan sasaran dan mewujudkan budaya berorientasikan prestasi yang menggalakkan perkongsian secara kolektif.


Polisi Khidmat Pelanggan

Misi kami adalah pertumbuhan pelanggan kami.

Mesej Dari Pengasas Kami

Dapatkan Penyelesaian yang Lengkap untuk Keperluan Perkebunan Anda

Terokai Penyelesaian Perkebunan Kami

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan peluang perniagaan atau anda ingin mencari rakan niaga yang boleh dipercayai untuk perniagaan anda sekarang, sila isi borang di bawah dan kami akan hubungi anda secepat mungkin.

    Name (required)

    Email (required)

    Contact number (required)

    Company Name

    State

    Your Message

    Berkongsi halaman ini ke: