Flower Pot | Eco-Friendly | Biodegradable | Baba Gardening

Pasu Bunga Mesra Alam

Untuk membina bangunan yang kukuh, anda perlu pastikan dahulu tapak yang dibina kuat dan tegap. Teori yang sama digunakan juga dalam berkebun! Untuk mempunyai tanaman yang sihat, anda perlu pastikan tapak strukturnya cukup kuat untuk menyokong seluruh proses pertumbuhan. Memilih pasu bunga merupakan komponen utama dalam memastikan hal itu. Selain itu, memilih pasu yang sesuai boleh membantu anda mencantikkan persekitaran mesra alam yang sedang cuba anda usahakan di sekeliling rumah!

Oleh itu, kami sediakan beberapa tip untuk anda memilih pasu yang sesuai bagi tanaman baru anda: pertimbangkan pasu bunga boleh biodegradasi berbanding jenis terra-cotta yang biasa. Peningkatan dalam penggunaan produk boleh biodegradasi boleh membantu meningkatkan kesedaran terhadap melindungi alam sekitar, lalu memastikan habitat semula jadi kehidupan mampan terpelihara dengan baik.

According to the survey, only 3% of plastic products are recycled, meaning the remaining 97% have been discarded anywhere or even buried to our mother earth.

Menurut satu tinjauan yang dijalankan, hanya 3% produk plastik yang dikitar semula, 97% dibuang atau ditanam di dalam tanah yang mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada alam sekitar.

Mengapa Anda Perlu Pilih Baba?

Pasu Baba yang unik dan boleh biodegradasi menggunakan formula plastik yang khusus yang telah diluluskan oleh makmal antarabangsa. Ia mempunyai fungsi kualiti boleh biodegradasi yang tinggi dan boleh tahan dengan suhu melampau daripada -17 darjah Celsius hingga 48 darjah Celsius.

Boleh Biodegradasi

Pasu boleh biodegradasi Baba boleh diuraikan oleh mikroorganisma menjadi humus, karbon dioksida dan biogas apabila diletakkan dalam persekitaran mikrob. Sama seperti sampah, ia boleh mereput dalam persekitaran anaerob (tanpa oksigen dan cahaya matahari) atau aerob (dengan oksigen).

Flower Pot | Eco-Friendly | Biodegradable | Baba Gardening

Jangka Hayat Produk

Pasu boleh biodegradasi Baba tidak akan mereput sewaktu diletakkan atas para atau disimpan di dalam gudang. Ia perlu diletakkan dalam persekitaran mikrob untuk ia menjadi reput. Pasu bunga boleh biodegradasi kami boleh tahan sehingga 10 tahun jika digunakan di dalam dan 5 tahun jika digunakan di luar.

Boleh Dikitar Semula

Pasu boleh biodegradasi Baba boleh dikitar semula sepenuhnya atau dicampurkan dengan plastik-plastik lain untuk digunakan semula.

Koleksi Pasu Bunga Boleh Biodegradasi Kami

Baba MJ-400 Biodegradable Flower Pot | Eco-Friendly | Biodegradable | Baba Gardening

Baba MJ-400 Biodegradable Flower Pot

Baba SQ-150 Biodegradable Square Flower Pot | Eco-Friendly | Biodegradable | Baba Gardening

Baba SQ-150 Biodegradable Square Flower Pot

Baba EG-260 Biodegradable Flower Pot | Eco-Friendly | Biodegradable | Baba Gardening

Baba EG-260 Biodegradable Flower Pot

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan peluang perniagaan atau anda ingin mencari rakan niaga yang boleh dipercayai untuk perniagaan anda sekarang, sila isi borang di bawah dan kami akan hubungi anda secepat mungkin.

    Name (required)

    Email (required)

    Contact number (required)

    Company Name

    State

    Your Message

    Berkongsi halaman ini ke: