High Quality Plant Seeds |Vegetable Seeds | Flower Seeds | Baba Gardening

Biji Benih Bukan GMO

Memilih biji benih mungkin nampak senang tetapi sebenarnya ia satu tugas yang canggih. Seseorang itu perlu mempertimbangkan jenis biji benih untuk ditanam supaya dapat menguruskan penggunaan racun perosak dengan lebih baik dan mengelakkan penyakit yang boleh menyerang dan menjejaskan tanaman sebelum ia dapat dituai. Maka, pemilihan biji benih amat penting untuk pekebun/petani.

Keserasian Tanah

Mula-mula, anda perlu faham tentang sifat tanah yang anda pilih. Menguji jenis tanah akan membantu anda mengenal pasti biji benih yang sesuai yang akan dapat tumbuh dengan baik dalam tanah yang anda pilih. Ujian membolehkan anda faham dengan jelas tentang tekstur tanah, pemadatan dan kandungan organik tanah tersebut yang kemudian akan memudahkan pula tugas memilih biji benih. Sebaliknya, jika biji benih yang salah dipilih, ketakserasian tanah dengan biji benih akan menyebabkan kerugian yang lebih banyak termasuklah pembaziran baja yang mahal dan pembaziran sumber akibat daripada pelbagai kaedah penanaman yang digunakan untuk pelbagai biji benih sehinggalah ia sesuai dengan tanah. Oleh itu, usaha yang lebih perlu dilakukan untuk memahami tanah yang akan anda gunakan untuk menanam bagi meningkatkan kecekapan penghasilan secara keseluruhan.

Strategi Perlindungan Regu

Apabila anda memilih biji benih sayur atau bunga, anda boleh pertimbangkan untuk memilih pelbagai jenis biji benih yang saling memberi manfaat antara satu sama lain iaitu saling memberi bantuan dalam menghalang serangan serangga dan penyakit. Contohnya, anda boleh pilih campuran biji benih yang salah satunya akan tumbuh sebagai umpan, mengalihkan tumpuan serangga daripada merosakkan tanaman yang satu lagi. Ini akan dapat meningkatkan kualiti dan kecekapan pertumbuhan tanaman anda.

Di Baba, semua biji benih sayur dan bunga kami mempunyai kadar percambahan yang tinggi kerana kami kerap menjalankan ujian tempoh pada kadar percambahan untuk memastikan konsistensinya terjaga dengan baik. Pelbagai biji benih premium terpilih dan bukan GMO tersedia untuk anda supaya anda dapat menghasilkan tanaman yang mencapai kualiti petani profesional. Jika anda masih baru dalam perkebunan dan ingin bermula dengan sesuatu yang mudah, anda boleh cuba spesis jenis F1 yang mempunyai kadar pertumbuhan anak benih yang tinggi, cepat mengeluarkan bunga/buah dan tahan melawan serangan penyakit dan serangga

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan peluang perniagaan atau anda ingin mencari rakan niaga yang boleh dipercayai untuk perniagaan anda sekarang, sila isi borang di bawah dan kami akan hubungi anda secepat mungkin.

    Name (required)

    Email (required)

    Contact number (required)

    Company Name

    State

    Your Message

    Berkongsi halaman ini ke: