Organic Fertilizers | Fertilizer for Plant | Baba Gardening

Baja Organik

Untuk mengusahakan kebun organik yang membantu melestarikan persekitaran mesra alam, baja sintetik perlu sentiasa dielakkan dan gunakan baja jenis organik sahaja untuk menyuburkan tanah kebun anda serta organisma yang terdapat di dalamnya.

Kajian menunjukkan lebih daripada 50-70% baja kimia yang digunakan di seluruh dunia masih terkandung di dalam tanah dan meresap masuk ke dalam sumber air bawah tanah.

Ini seterusnya akan menyebabkan pencemaran mendadak kepada sungai dan lautan, yang kemudian akan menjejaskan kita secara tidak langsung melalui ikan atau kerang-kerangan yang dimakan. Tanah yang sihat membawakan hasil yang sihat. Oleh yang demikian, amat penting untuk kita memastikan tanah mendapat nutrien secukupnya untuk dibekalkan kepada tanaman. Untuk lebih menggalakkan usaha melindungi alam sekitar dan kesihatan orang ramai, rangkaian baja organik, Mr Ganick keluaran Baba, telah terbukti mematuhi standard alam sekitar yang ketat dan disahkan oleh makmal antarabangsa, termasuk:

  • Memenuhi syarat TLCP (Prosedur Ciri-ciri Ketoksikan Larut Resap)

  • Memenuhi syarat Laporan Sisa Racun Kimia dan Ujian Bakteria Patogenik (Peraturan EPA 503)

  • Memenuhi syarat VOC (Kompaun Organik Meruap)

  • Memenuhi syarat Kandungan Biuret dan Formamida

  • Mematuhi Standard NOP Amerika dan Peraturan Organik Eropah

Baja organik berkualiti tinggi ialah produk yang dihasilkan daripada pereputan semula jadi lalu menjadikannya mudah diserap oleh tanaman. Selain itu, baja ini juga memberikan khasiat yang konsisten kepada tanaman kebun anda, meningkatkan ketegaran dan kelestariannya. Kebanyakan baja organik mempunyai nutrien yang seimbang dan itulah sebabnya nisbah makronutrien NPK yang dicetak pada label produk sering dilihat sebagai bawah 10. Ini memastikan baja tersebut tidak akan membakar atau merosakkan akar pokok sama seperti yang berlaku apabila baja kimia digunakan.

Baja Organik Mr Ganick Baba

Baba Compost-Based Fertilizer | Organic Fertilizers | Fertilizer for Plant | Baba Gardening

Baba Compost-Based Fertilizer

Mr Ganick 258 Organic Fruit Tree Fertilizer | Organic Fertilizers | Fertilizer for Plant | Baba Gardening

Mr Ganick 258 Organic Fruit Tree Fertilizer

Mr Ganick 426 Organic Melon Vegetable Fertilizer | Organic Fertilizers | Fertilizer for Plant | Baba Gardening

Mr Ganick 426 Organic Melon Vegetable Fertilizer

Mr Ganick 532 Organic Leafy Fertilizer | Organic Fertilizers | Fertilizer for Plant | Baba Gardening

Mr Ganick 532 Organic Leafy Fertilizer

Mr Ganick 549 Organic Flower Bloom Fertilizer | Organic Fertilizers | Fertilizer for Plant | Baba Gardening

Mr Ganick 549 Organic Flower Bloom Fertilizer

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan peluang perniagaan atau anda ingin mencari rakan niaga yang boleh dipercayai untuk perniagaan anda sekarang, sila isi borang di bawah dan kami akan hubungi anda secepat mungkin.

    Name (required)

    Email (required)

    Contact number (required)

    Company Name

    State

    Your Message

    Berkongsi halaman ini ke: